Skip to main content

Posts

Walau terpaksa, lakukan...

Assalamualaikum... Reminder : ) Kita mungkin lupa kita sering melakukan kesilapan. Walau terpaksa marah pada hati, tetap ingatkan hati kerana apa tujuan hidup kita. Al-Zariyaat, ayat 56: “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku” Walau terpaksa marah pada diri, tetap teguhkan solat kerana itu keutamaan kita. Walau terpaksa senyum pada yang dibenci, ingatkan diri senyum itu sedekah. Walau terpaksa lapar untuk berpuasa ditengahhari, ikhlaslah kerana itu memupuk nafsu. Walau apa yang kita lakukan kerana terpaksa, teruskan memaksa diri kita. Naif sangatkah sehingga perlu memaksa untuk melalukan kebaikan? Ya. Memang manusia ini begitu.Terutama yang datang pada akhir zaman seperti kita Jadi, sama-sama kita disiplinkan diri. Sedikit-sedikit, lama kelamaan disiplin itu akan membukitkan keikhlasan dalam diri kita. Gambar sekadar Hiasan [Stesen Keretapi Rayoh, Sabah] * Mungkin perjalanan hidup kita lancar, yang buat ...

kita sama

Kusyuk scroll post lama dalam draft. Terbaca puisi ini. Masihku ingat, puisi ini khas dicoret buat encik suami yang mana ketika itu kami hanya sahabat biasa, dan masing-masing membawa diri dengan dunia sendiri. Coretan lama 30/9/2012 kita sama bila waktu akrab kubuka telinga bila kau cerita kau taat dengar bila ku cerita bila sampai tegang kau ungkit pada dunia cerita aku dan aku sama heboh satu alam segala ceritamu dan bila datang hari raya kita insaf bersama kau dan aku bersalam memohon maaf atas segala dosa adil akan segala salah dan laku dan itulah kita manusia kitaran itu berputar setiap waktu aku pernah menjadi yang terbaik untukmu dan kau juga bekas kawan rapatku tapi kerana kita mengikut masa ada waktu kau musuh ketat ku dan aku target buruanmu namun kini aku sedar jauh dekat rapat atau tidak aku tetap rindu kamu bertekak bergosip itu lumrah antara kita baik dan buruk kita tetap sama

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada