Skip to main content

Diri Saya

..katakan kisah aku satu cerita manusia biasa, tiada tetap kekal, kerana cuma pinjaman semata..


السلام عليكم

Selamat datang ke blog saya.

Ummi Kalthum binti Mohamad. Itu nama istimewa pemberian kedua ibubapa saya yang pada ketika itu dalam syukur dan gembira atas kurniaan Tuhan pada zuriat ini. Indah kan?! bersyukur saya miliki nama ini.

Untuk digelar dan dipanggil dalam satu nafas, tiga perkataan itu panjang.dan mungkin ada yang tidak berdaya memanggil saya dengan nama itu.maka, saya selesa dengan gelaran Ummi.itulah yang lazimnya..dan ada sesetengah yang menggelarkan saya MekSom..mungkin pada mereka, gelaran ummi itu seperti memanggil ibu mereka.tidak mengapa, saya selesa dengan nama itu walau ada yang berkata itu kuno.yea kuno.kuno itu asas asal kita.dan yang asas itu omputih gelarkan basic.pernah dengan ayat, back to the basic kan?!dan saya suka itu.simple, ertinya ringkas.

Dan untuk si adik saudara-mara, sepupu sepapak, mungkin lagi indah dengan gelaran Kak Ummi.kan kita berdarah Melayu, itu adalah adat. Membahasakan diri kakak dengan yang muda-muda. Kepada anak saudara yang semakin bertambah ramai, saya gelarkan diri cikMie. 'cik' itu tandanya saya masih muda mungkin. dan mungkin kerana, saya akan sentiasa muda dalam keluarga.normal kerana saya adik kepada yang besar-besar. 

Blog saya masa lapang saya. Mengenal erti dunia, menulis rasa yang ada, dan meluah apa yang tidak terluah. Kerana saya bukan manusia yang pandai berdebat kencang. Banyak yang terfikir, banyak yang ingin dipersoalkan, tapi sekadar terlekat dalam otak. 

Blog saya diari masa depan saya. Kerana saya tidak miliki memori yang bermegabite tinggi sepertimana teknologi sekarang. Jatuh bangun saya, lemah kuat saya, duka suka saya, semua terkandung untuk kenangan masa depan. Bukan untuk mengimbas dan kolot tidak mahu pandang ke depan, tapi sekadar rujukan untuk teladan dan sempadan.
Semoga ini menjdai hasil yang baik-baik.
Semoga usaha di sini berfaedah.
dan 
Semoga tulisan ini sentiasa dijalan Allah.

Ummi Kalthum Mohamad bukan siapa-siapa.
Tulisan Ummi Kalthum Mohamad juga hanya sebuah kisah cerita manusia biasa.
Sebuah kisah cerita manusia biasa yang mencari erti hidup yang lebih bermakna, maka lahirlah penglipurlara yang tekad menjadi sesuatu untuk masa depan manusia. Zaman kian berubah ditelan usia, kertas mungkin reput dimakan anai-anai, dakwat mungkin hilang dek basah hujan. Maka, hadirlah ke ruang maya ini. Ruang ini dedikasi khas dari seorang ibu untuk anakanda-anakandanya untuk dikenang pada masa depan.

H.R.Muslim, yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda; 
" Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah(ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
.Wasalam.



Popular posts from this blog

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

Tips Elak Stress Sebab Jerawat Di Wajah

Miss J, antara nama paling glamour dikalangan wanita kalau nak membawang. Jangan salah faham yea, ni bukan gelaran untuk akak janda kita yang cantik meletop yea, ni untuk makcik yang sentiasa bawa masalah pada wajah iaitu JERAGAT dan JERAWAT! Ada ke yang suka rapat dengan miss J ni? Konfem la semua cakap tak nak kan? Jom hari ni cikMie nak ajak berkenalan dengan jenis adik beradik sedara mara missJERAWAT ni.  Atasi Muka Berjerawat dengan Betul ******