Miss J, antara nama paling glamour dikalangan wanita kalau nak membawang. Jangan salah faham yea, ni bukan gelaran untuk akak janda kita yang cantik meletop yea, ni untuk makcik yang sentiasa bawa masalah pada wajah iaitu JERAGAT dan JERAWAT!
Ada ke yang suka rapat dengan miss J ni? Konfem la semua cakap tak nak kan?
Jom hari ni cikMie nak ajak berkenalan dengan jenis adik beradik sedara mara missJERAWAT ni.
Atasi Muka Berjerawat dengan Betul |
Jenis-jenis Jerawat Yang Sering Timbul Di Wajah
Jenis 1: Blackhead dan whitehead
Ini adalah jenis jerawat dasar dan ia muncul saat minyak dan sel-sel kulit mati bercampur dan menyumbat pori-pori dan boleh menyebabkan benjolan. Whitehead adalah bila jerawat tu berada di bawah kulit dan hanya kepala berwarna putih yang kelihatan. Blackhead pula bila jerawat muncul ke permukaan kulit, minyak berlebih bereaksi dengan udara dan kepala jerawat ini menjadi berwarna hitam.
Jenis 2: Papule
Jerawat yang lebih besar dan disebut papula akan muncul. Papule adalah benjolan kecil berwarna merah pada kulit. kebiasaanya, jerawat jenis ini terjadi apabila pori-pori mendapat jangkitan. Memecahkan jerawat papula boleh menyebabkan parut.
Jenis 3: Pustule
Pustule juga merupakan jerawat yang meradang. Pustule muncul dengan dasar yang merah dan kepala yang putih. Pustule dipenuhi dengan nanah.
Jenis 4: Nodule
Nodule adalah jenis jerawat yang lebih serius. Nodule terbentuk di bawah kulit, kemudian menjadi jerawat yang meradang dan keras serta menimbulkan rasa sakit. Setelah jerawat menghilang, parut yang merah atau gelap akan tertinggal.
Jenis 5: Jerawat batu
Jerawat batu menyamai nodule tetapi berukuran lebih besar, dan terbentuk jauh di dalam kulit dan dipenuhi dengan cairan jernih atau nanah. Jerawat batu lunak, menyakitkan, dan dapat meninggalkan bekas luka setelah jerawat menghilang.
Jenis Jerawat Di Wajah: Blackhead, Whitehead, Papule, Pustule, Nodule, Jerawat Batu |
*****
Dah kenalkan adik-beradik missJ ni kan?
CikMie memang dari dulu anti betul dengan adik-beradik missJ ni tahu! Walau pun yang adik-beradik pangkat bongsu dah, kalau muncul memang serba tak kena dibuatnya.
Banyak cikMie dengar luahan kawan-kawan dan keluarga yang stress pasal missJ ni tau, antaranya:
"Nak pergi interview ni, tapi jerawat muncul la pulak..memang hilang betul keyakinan..."
"Mie, parut jerawat aku dah berbulan tak hilang. Nak blind date pun malu laaa....."
"Setiap kali haid jea ada jerawat baru....stress la macam ni....."
"aku stress la dengan jerawat ni, tak pernah nak hilang elok....."
*****
CikMie kalau dengar luahan seakan ni, cikMie tak lain tak bukan akan saran satu TIPS yang paling hebat ni. Walau ada bermacam remedi, TIPS ni yang paling cikMie suka sebab senang dan berkesan. Tak perlu tunggu 2-3jam,tak perlu banyak bahan, tak perlu banyak baca dan hafal step macam mana.
Remedi Jerawat |
Set Hilangkan Jerawat Di Wajah
Set kecantikan Shaklee merupakan antara set paling laris terjual. almaklum la, seorang orang nak cantik kan? Set ini sesuai untuk menghilangkan masalah jerawat dan juga mengelakkan jerawat muncul diwajah. Terdiri daripada 3 jenis produk utama iaitu Energized Soy Protein (ESP), Sustained Release VitaminC, dan VitaE Complex.
Energized Soy Protein (ESP)
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana protein penting untuk:
- Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
- Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
- Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
Sustained Release VitaminC
Vitamin C bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk:
- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
- Membantu dalam penyembuhan luka akibat jerawat
- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang boleh menggalakkan jerawat
VitaE Complex
Vitamin E penting sebagai anti-penuaan. Pengambilan 1 kapsul vitamin E sehari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Vitamin E juga mampu untuk memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai sumber antioksidan. Pengambilan lebih 1200 IU sehari menyediakan keperluan antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
Rawat Jerawat : ESP, Vitamin C dan Vitamin E |
*****
Dah dapat jawapan macam mana cikMie tolong hilangkan stress kawan-kawan dan family member kan? Set ni memang berkesan dan kalau nak dapat pun tak susah, contact jea cikMie.
UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI:
PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR
HP: 0139811431 / 0139811431
FBPage: Galeri Ibu
IG: @Galeri.Ibu
*Khidmat penghantaran ke rumah disediakan untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment