Skip to main content

Jaga Adab Ketika Makan Untuk Badan Kekal Sihat

Bila bercakap perihal makan, cikMie adalah antara manusia yang boleh digelar 'foodhunter'. Sebab, bila cikMie tengok makanan viral, mesti cikMie akan masukkan dalam senarai WAJIB dicari dan dicuba. Tabiat macam ni, bukan benda pelik dan cikMie percaya telah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah penyumbang kepada kepesatan teknologi dan variasi industri makanan tanah air, bagus untuk ekonomi dan bagus untuk faktor pelancongan negara.

Makanan Tular Antara Faktor Rakyat Malaysia Tidak Menjaga Berat Badan
Tapi, adakah kita fikir apa kesan bila kita sentiasa ada dengan makanan? Kita akan jadi "terlebih kalori", sebab kehendak kita nak makan melebihi keperluan kalori untuk badan kita.

Jadi, apa kita nak buat supaya kita boleh kekal sihat walaupun kita ni jenis pemburu makanan🤓. Ni cikMie nak kongsi beberapa tips yang boleh diambil dan guna untuk pastikan tubuh maintain walaupun orang kata kita ni makan macam bela hantu.



Adab Ketika Makan

Adab yang paling utama adalah baca doa dan basuh tangan yea. Ni tak perlu bagitau sebab apa kena buat, sebab semua mesti dah tahu kan? Sekolah agama darjah1 ustaz dah ajar dah ni. CikMie share adab yang kita kerap lupa dan kadang-kadang sengaja bua tak ingat sebab tak nak kalah dengan nafsu makan.

Adab Utama Ketika Makan: Membaca Doa Makan

1. Makan Secara Perlahan-Lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan, jangan terlalu gopoh nak habiskan makanan depan mata kita. Sebabnya, bila kita makan secara perlahan, tubuh akan hantar isyarat ke otak yang kita dah menikmati makanan tu dan puas hati.

Kalau untuk parents yang ada anak, pernah tak waktu tengah makan, tiba-tiba kena berhenti seketika untuk layan anak ke tandas atau pun tenangkan anak menangis? Lepas tu, bila kita nak sambung makan balik rasa macam dah kenyang dan dah jadi tak lalu nak abiskan makanan? Tu sebab badan kita dah bagi signal sesi makan tu dah selesai dan kita dah puas makan.

Jadi, bila kita makan secara perlahan dan tidak gopoh, makanya kuantiti yamg kita makan secara automatik jadi sedikit berbanding kita makan dengan gopoh. Kalau tak percaya, boleh ambil roti dan cuba buat sekarang. CikMie jamin, mesti perasaan muak tu hadir sebelum roti tu belum habis dimakan.


2. Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil

Kunyahlah makanan lebih lama dan menjadi cebisan kecil sebelum telan supaya makanan lebih mudah dihadam.

Saiz Makan Yang Berat Memberi Impak Negatif Kepada Perkembangan dan Kesihatan Usus
Ini bukan sekadar adab ketika makan yang direka manusia atas dunia, bahkan memang amalan yang dituntut dalam agama. Pernah dengar tak mak, nenek atau ayah suruh kunyah sampai 44x? Inilah antara asbabnya nak bagi makanan tu mudah dihadam.

Bila makanan mudah dihadam, kita akan jadi cepat kenyang dan tempoh kenyang tu lebih lama. Selain tu, usus kita pun takkan penat nak proses makanan tu sebab nutrisi senang diserap.


3. Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit

Belajar untuk jadualkan sesi makan yang kerap dengan kuantiti yang sikit, daripada sesi makan sekali atau dua sahaja sehari, tetapi dalam kuantiti yang banyak. Ini bertujuan untuk mendidik usus kita supaya tidak mengembang dengan keterlaluan dan boleh mengelakkan risiko masalah berkaitan usus seperti gastrik.

Ni antara yang cikMie selalu terapkan dalam pemakanan harian untuk keluarga kecil cikMie. Begitu juga apabila cikMie keluar memburu makanan tular. CikMie elakkan mencuba semua jenis makanan serentak, bahkan sediakan sedikit nota untuk cikMie jadualkan yang mana patut cuba terlebih dahulu. Sekiranya kedai tu tular dengan pelbagai jenis menu, memang cikMie akan ulang pergi berkali2 untuk cuba menu tular yang berlainan.

Mengikut pembacaan cikMie, Kalau dalam kelas pemakanan sekalipun, memang akan diajar untuk bahagikan sesi makan kepada beberapa sesi seperti sarapan, snek pagi, tengahari, snek petang, makan malam, dan snek lewat malam.

*****

Hari ni cukup 3 adab ni cikMie kongsi yea. Cuba praktiskan 3adab makan yang cikMie kongsikan ni dulu dalam tempih seminggu. Kalau susah nak ingat, screenshot step ni kat atas ni, print dan tampal kat dinding ruang makan. Supaya sentiasa ingat. Lepas seminggu tengok hasilnya macam mana.

Selain 3adab ni, cikMie ada satu lagi extra tips yang mana bagus untuk korang yang hantu makan tetapi susah nak kawal cara makan ni. Tapi, nak tubuh sentiasa sihat dan kurus. Tips adalah buat detoks dengan SET DETOX SHAKLEE 💪

Set Detoks Shaklee: Mujarab Untuk Membuang Toksin Dalam Tubuh Agar Kekal Sihat

Kadang-kadang, kita bukan tak cuba untuk jaga adab makan ni, tapi kita rasa susah nak capai target kita tu. Contohnya, kita dah cuba makan kunyah sampai kecil dan makan sedikit tapi kerap, namun tak menjadi sebab perut kita jadi sentiasa lapar. Siap keluarkan bunyi lagi.

Haaa....ini tandanya badan kita perlukan detoks terlebih dahulu. Sebabnya badan kita ni dah banyak toksin. Jadi, susah nutrisi makanan nak serap masuk secara maksimum dan bagi kita kenyang. Jadi, bila lapar kita makan, lapar kita makan, susah kita nak kawal berat badan. So, cikMie nasihatkan untuk kita detoks dulu badan kita perlahan-lahan.

Ni cikMie share set detoks Shaklee yang kita boleh consume untuk buang toksin dalam tubuh supaya selari dengan kita jaga adab makan untuk kekal sihat.

1. Alfalfa Shaklee

Ia bertindak sebagai agen detoks seluruh tubuh dengan menyingkirkan lemak dan kolesterol dari tubuh. Selain tu, pengambilan alfalfa turut membantu dalam memelihara kesihatan jantung dan juga strok.

Konsep detoks alfalfa adalah dengan mencuci hati, darah dan usus. Jadi, ia boleh bersihkan toksin dalam badan secara menyeluruh. Alfalfa juga bagus dalam membantu masalah bau badan untuk mereka yang berbadan besar.

Toksin Dalam Badan Punca Gemuk dan Obesiti

2.HerbLax Shaklee

Sebagai agen detoks kedua, herblax bertindak membersihkan usus secara lembut. Ia membantu menyelesaikan masalah sembelit. Ada kalanya, ia dianggap sebagai julap yang lembut dan organik.

3. DTXComplex

Ia adalah produk khas bagi detoksifikasi hati dimana tugasnya untuk melindungi hati dari toksin, racun dan bahan kimia. Selain tu, DTX Complex membantu keupayaan tubuh dalam penyerapan zat besi Dan mampu untuk memperlahan proses pembentukan toksin


*****
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI:
PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR
HP: 0139811431 / 0139811431
FBPage: Galeri Ibu
IG: @Galeri.Ibu



Popular posts from this blog

PETUA KECUTKAN BUASIR UNTUK PARA IBU

Buasir merupakan pengalaman ngeri untuk para ibu selepas bersalin. Saya berkongsi pengalaman ini kerana saya mengalaminya. Buasir bukanlah satu penyakit yang alaminya ada pada saya, namun saya mendapatnya selepas kehamilan pertama. Apa yang boleh saya gambarkan adalah perit dan pedih diiringi dengan ketidakselesaan.  APAKAH BUASIR? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.

Wanita: PCOS Bukan Halangan Untuk Hamil dan Melahirkan Zuriat

CikMie nak kongsi pengalaman seorang pengguna Shaklee yang ada penyakit PCOS tetapi berjaya hamil. Ini adalah untuk memberi dorongan dan sokongan kepada ramai lagi wanita yang mengalami masalah ini agar tidak berputus asa dan sentiasa positif, rezeki Allah swt itu adalah sentiasa ada untuk hambaNya. Alhamdulillah... #pcossurvivor Berjaya Hamil Selepas Usaha Dengan Set Kesuburan Shaklee Jadi, untuk sahabat cikMie yang ada masalah PCOS, boleh cuba usahakan dengan set kesuburan Shaklee macam kakYong ni. 

Impian Seorang Wanita Bergelar Ibu Yang Perlu Diketahui Oleh Si Suami

Entri ini cikMie tujukan Khas untuk golongan bapa atau bakal jadi bapa. Sebagai seorang wanita dan juga isteri, tempoh paling penting salam hidup adalah saat melahirkan zuriat. Sememangnya akan ada pelbagai perasaan, yang mana menjerat emosi menjadi bercampur -baur.