Skip to main content

Impian Seorang Wanita Bergelar Ibu Yang Perlu Diketahui Oleh Si Suami

Entri ini cikMie tujukan Khas untuk golongan bapa atau bakal jadi bapa. Sebagai seorang wanita dan juga isteri, tempoh paling penting salam hidup adalah saat melahirkan zuriat. Sememangnya akan ada pelbagai perasaan, yang mana menjerat emosi menjadi bercampur -baur. 



Sebagai seorang pasangan yang prihatin, seorang suami harus tahu apa kehendak dan keperluan seorang isteri untuk tempoh istimewa itu. Ni cikMie beberapa IMPIAN seorang isteri bila dia berpantang. Bukanlah mereka nak berngada-ngada, tapi sekiranya seorang suami boleh penuhi IMPIAN ni, oh indahnya tempoh berpantang tu...

Suami Bangun Lebih Awal Dari Isteri 

Maksud bangun lagi awal disini adalah untuk menyediakan keperlua untuk si isteri, seperti mandian herba, sarapan, dan sebagainya.

Suami Bersedia Menolong Hal-hal Sulit Isteri

Selepas isteri mandi, tolonglah apa yang perlu seperti pakaikan bengkung untuk isteri, sapukan ubat untuk isteri. Ada sesetengah isteri takut nak tengok tempat luka jahitannya dan memerlukan bantuan dari suami. Alangkah seronoknya hati isteri jika suami berbesar hati menolong tanpa dipinta. Kalau suami yang berjauhan, telefonlah isteri di awal pagi, tanya khabar isteri dan anak-anak. Isteri pasti gembira dan lebih bersemangat dapat panggilan dari suami.

Suami Menyediakan Hidangan Makanan Sepanjang Berpantang

Air tangan suami penuh berkat dan kasih sayang pasti memberi ketenangan kepada isteri. Kalau suami tidak pandai memasak, boleh sediakn sarapan pagi ringkas seperti milo panas dan roti bakar. Untuk masakan dalam pantang yang lain pula, senang sahaja, ikan bakar, sayur sawi masak air pun boleh. Makanan dalam pantang perlu dijaga sebab memberi impak kepada luka jahitan cepat sembuh, serta untuk kepentingan susu ibu.

Suami Berani Belajar Memandikan Anak

Ada sesetengah suami takut serta risau untuk memandikan bayi sebab kurang mahir. Namun percayalah kalau suami berani untuk belajar pasti akan jadi mahir. Isteri juga asalnya tidak pandai semasa anak pertama, jadi suami isteri boleh belajar bersama-sama. Jika masih tidak yakin, sekurang-kurangnya bantukah isteri untuk sediakan air mandian dan keperluan bayi seperti sabun, syampu, baju, pampers, kain lampin, barut, bedak, minyak telon dan sebagainya . Pasti isteri kita rasa terharu dan gembira. Bayi pun dapat rasa kasih sayang ayahnya.

Suami Mengorbankan Aktiviti Sosialnya

Adalah satu impian untuk semua wanita melihat keprihatinan seorang suami disaat dia berpantang. CikMie nasihatkan hentikan sementara aktiviti-aktiviti ingin minum-minum kopi di kedai mamak dengan kawan-kawan. Bantulah isteri dengan berada berhampiran isteri supaya senang jika isteri inginkan bantuan.

Suami Prihatin Dengan Membersih dan Mengemas Persekitaran Rumah

Rumah adalah tempat dimana isteri dan bayi akan berada sepanjang tempoh berpantang. Ia perlulah sentiasa kemas dan teratus bagi memberi ruang yang kondusif untuk emosi mereka. Jadilah suami yang prihatin menolong untuk membersih lantai, membasuh pakaian kotor dan mengemas barang-barang harian. Tugas ini adalah lebih utama kepada suami yang mempunyai lebih dari seorang anak kerana si abang atau kakak mungkin akan menyelerakkan ruang. 

Suami Sentiasa Bersabar dan Positif Melayan Emosi Isteri

Sungguhpun suami akan merasa terlampau penat melayan semua aktiviti sepanjang tempoh berpantang, namun jangan ditunjukkan dan mengeluh di hadapan isteri. Buat sementara waktu ini, cara ini terbaik untuk mengelakkan isteri rasa stress, dan terjadinya kemurungan. 

Tak banyakkan?
Selain daripada IMPIAN di atas, satu lagi keperluan seorang isteri yang perlu seorang suami sediakan adalah makanan tambahan sepanjang berpantang. Ini bertujuan untuk memastikan si isteri mendapat zat makanan yang mencukupi, emosi yang sentiasa stabil, bertenaga, wajah yang seri dan juga mempercepatkan tempoh luka dalaman untuk sembuh. Selain itu, makanan tambahan juga membantu menghasilkan susu ibu yang berkualiti untuk bayi. Ni, cikMie cadangkan set berpantang Shaklee. CikMie sendiri dah guna, dan memang memuaskan.


*****

SET BERPANTANG SHAKLEE 😍




1. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik Vitamin

  • Melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.
  • Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga.
  • Memelihara kulit dan lapisan kulit
  • Mengurangkan tanda regangan kulit (stretch marks).

2.VitaLea (Multivitamin)

  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin.


3.Vitamin C

  • Mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit.
  • Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

4.ESP

  • Mencantikkan kulit.
  • Memejalkan otot.
  • Membantu dalam penurunan berat badan.
  • Membantu menambah penghasilan susu ibu.
  • Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

5.Ostematrix (Kalsium)

  • Melegakan kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.
  • Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
  • Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.
  • Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.

6. Lecithin

  • Mengandungi choline untuk kecergasan akal.
  • Memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.
  • Mengelak terjadi bengkak susu.

7. Alfalfa

  • Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
  • Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.
  • Membanyakkan penghasilan susu ibu.


*****

Betul ke berbaloi set berpantang Shaklee ni? CikMie kongsi beberapa pengalaman ibu-ibu yang pernah guna set berpantang ni




*****

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI:
PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR
HP: 0139811431 / 0139811431
FBPage: Galeri Ibu
IG: @Galeri.Ibu


Popular posts from this blog

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

12 KUNCI AWET MUDA UNTUK KEKAL KELIHATAN CANTIK

Keyword cikMie hari ni adalah MUDA. 'MUDA' adalah perkataan sangat sinonim dengan wanita. Boleh dikatakan 9/10 daripada wanita mempunyai impian untuk kekal dengan wajah yang muda walaupun telah mencecah ke status nenek dalam keluarga.  Persoalan keistimewaan menjadi muda tidak akan berakhir dengan jawapan yang saintifik, namun MUDA adalah penting kerana ia bagaikan jambatan untuk kita sebagai wanita sentiasa yakin dan bahagia.  AWET MUDA Secara rohaniahnya, menjadi muda bukan diukur pada angka dan wajah. Ia juga hadir dalam diri sebagai emosi. inilah yang kita selalu guna istilah 'Berjiwa Muda'. Mendidik minda ke arah berfikiran lebih terbuka mampu menampilkan wajah yang lebih Muda kerana kekurangan kerutan halus sememangnya menyerikan wajah, inilah dikatakan awet muda!  Antara Tips yang banyak dikongsi untuk mendidik jiwa jadi muda adalah: (Panjang senarai cikMie bagi ni haaa..baca jangan tak baca pulak..kata nak Awet Muda)

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.