Skip to main content

Walau terpaksa, lakukan...

Assalamualaikum...

Reminder : )

Kita mungkin lupa kita sering melakukan kesilapan.
Walau terpaksa marah pada hati, tetap ingatkan hati kerana apa tujuan hidup kita.

Al-Zariyaat, ayat 56:
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku”

Walau terpaksa marah pada diri, tetap teguhkan solat kerana itu keutamaan kita.
Walau terpaksa senyum pada yang dibenci, ingatkan diri senyum itu sedekah.
Walau terpaksa lapar untuk berpuasa ditengahhari, ikhlaslah kerana itu memupuk nafsu.

Walau apa yang kita lakukan kerana terpaksa, teruskan memaksa diri kita.
Naif sangatkah sehingga perlu memaksa untuk melalukan kebaikan?

Ya. Memang manusia ini begitu.Terutama yang datang pada akhir zaman seperti kita
Jadi, sama-sama kita disiplinkan diri.
Sedikit-sedikit, lama kelamaan disiplin itu akan membukitkan keikhlasan dalam diri kita.

Gambar sekadar Hiasan
[Stesen Keretapi Rayoh, Sabah]
* Mungkin perjalanan hidup kita lancar, yang buat kita alpa dari mana datangnya kita, dan ke mana akan perginya kita. Lihatlah dan selamilah kesusahan orang lain, supaya kita tahu betapa kita perlu bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki. Mulakan pagimu setidaknya dengan Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.


Wasalam.

Popular posts from this blog

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

12 KUNCI AWET MUDA UNTUK KEKAL KELIHATAN CANTIK

Keyword cikMie hari ni adalah MUDA. 'MUDA' adalah perkataan sangat sinonim dengan wanita. Boleh dikatakan 9/10 daripada wanita mempunyai impian untuk kekal dengan wajah yang muda walaupun telah mencecah ke status nenek dalam keluarga.  Persoalan keistimewaan menjadi muda tidak akan berakhir dengan jawapan yang saintifik, namun MUDA adalah penting kerana ia bagaikan jambatan untuk kita sebagai wanita sentiasa yakin dan bahagia.  AWET MUDA Secara rohaniahnya, menjadi muda bukan diukur pada angka dan wajah. Ia juga hadir dalam diri sebagai emosi. inilah yang kita selalu guna istilah 'Berjiwa Muda'. Mendidik minda ke arah berfikiran lebih terbuka mampu menampilkan wajah yang lebih Muda kerana kekurangan kerutan halus sememangnya menyerikan wajah, inilah dikatakan awet muda!  Antara Tips yang banyak dikongsi untuk mendidik jiwa jadi muda adalah: (Panjang senarai cikMie bagi ni haaa..baca jangan tak baca pulak..kata nak Awet Muda)

10 kebaikan Ostematrix Shaklee

OSTEMATRIX merupakan antara produk yang paling laris dalam jualan Shaklee. Ini kerana, banyak kebaikan yang diperolehi oleh pelanggan setelah mengambilnya dalam tempoh masa yang konsisten.  Apakah Ostematrix? Jom kita kenali dengan lebih terperinci apakah produk ini. Ostematrix adalah sejenis pil kalsium, yang bukan sekadar membekalkan kandungan Kalsium sahaja bahkan dilengkapi dengan Magnesium, VitaminD, Boron dan beberapa mineral lain yang membantu dalam penyerapan kalsium dalam badan. Set nutrisi yang lengkap ini menjadikan ostematrix sebagai pil kalsium yang paling laris dan berkesan dalam membekal serta membaikpulih sebarang kekurangan nutrisi yang berkaitan dengan kalsium seperti masalah gusi dan tulang.  Kelebihan Ostematrix Berbanding Pil Kalsium Lain