Skip to main content

kita sama

Kusyuk scroll post lama dalam draft. Terbaca puisi ini. Masihku ingat, puisi ini khas dicoret buat encik suami yang mana ketika itu kami hanya sahabat biasa, dan masing-masing membawa diri dengan dunia sendiri.

Coretan lama 30/9/2012
kita sama
bila waktu akrab
kubuka telinga bila kau cerita
kau taat dengar bila ku cerita
bila sampai tegang
kau ungkit pada dunia cerita aku
dan aku sama
heboh satu alam segala ceritamu
dan bila datang hari raya
kita insaf bersama
kau dan aku bersalam
memohon maaf atas segala dosa
adil akan segala salah dan laku

dan itulah kita manusia
kitaran itu berputar setiap waktu
aku pernah menjadi yang terbaik untukmu
dan kau juga bekas kawan rapatku
tapi kerana kita mengikut masa
ada waktu
kau musuh ketat ku
dan aku target buruanmu

namun kini aku sedar
jauh dekat rapat atau tidak
aku tetap rindu kamu
bertekak bergosip
itu lumrah antara kita
baik dan buruk kita tetap sama


Comments

Popular posts from this blog

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

12 KUNCI AWET MUDA UNTUK KEKAL KELIHATAN CANTIK

Keyword cikMie hari ni adalah MUDA. 'MUDA' adalah perkataan sangat sinonim dengan wanita. Boleh dikatakan 9/10 daripada wanita mempunyai impian untuk kekal dengan wajah yang muda walaupun telah mencecah ke status nenek dalam keluarga.  Persoalan keistimewaan menjadi muda tidak akan berakhir dengan jawapan yang saintifik, namun MUDA adalah penting kerana ia bagaikan jambatan untuk kita sebagai wanita sentiasa yakin dan bahagia.  AWET MUDA Secara rohaniahnya, menjadi muda bukan diukur pada angka dan wajah. Ia juga hadir dalam diri sebagai emosi. inilah yang kita selalu guna istilah 'Berjiwa Muda'. Mendidik minda ke arah berfikiran lebih terbuka mampu menampilkan wajah yang lebih Muda kerana kekurangan kerutan halus sememangnya menyerikan wajah, inilah dikatakan awet muda!  Antara Tips yang banyak dikongsi untuk mendidik jiwa jadi muda adalah: (Panjang senarai cikMie bagi ni haaa..baca jangan tak baca pulak..kata nak Awet Muda)

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.