Skip to main content

Omega Guard Shaklee: Sumber OMEGA3 Terbaik

Omega 3 adalah nutrisi penting untuk tubuh yang tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids). Ianya dipanggil Omega3 kerana mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya.

Omega 3 datang daripada pelbagai sumber, dan tiga jenis asid lemak utama adalah Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). EPA dan DHA adalah perkataan biasa yang kita dengar dan lihat apabila bercakap mengenai susu formula kanak-kanak. ALA pula kebanyakannya ada pada tumbuhan dan kekacang. Ianya perlu ditukar kepada EPA dan DHA terlebih dahulu sebelum diserap ke dalam badan manusia. 



Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. Antara sumber omega3 boleh didapati dalam OMEGA GUARD SHAKLEE


Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu nutrisi tambahan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil

  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


Ibu Menyusu

  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


Kanak-kanak

  • Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit semam, batuk dan selesema
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan

  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke



********************************************************************************



UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI:
PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR
HP: 0139811431 / 0139811431
FB: Ummi Kalthum Mohamad
*Khidmat penghantaran ke rumah disediakan untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Popular posts from this blog

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

PETUA KECUTKAN BUASIR UNTUK PARA IBU

Buasir merupakan pengalaman ngeri untuk para ibu selepas bersalin. Saya berkongsi pengalaman ini kerana saya mengalaminya. Buasir bukanlah satu penyakit yang alaminya ada pada saya, namun saya mendapatnya selepas kehamilan pertama. Apa yang boleh saya gambarkan adalah perit dan pedih diiringi dengan ketidakselesaan.  APAKAH BUASIR? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.

12 KUNCI AWET MUDA UNTUK KEKAL KELIHATAN CANTIK

Keyword cikMie hari ni adalah MUDA. 'MUDA' adalah perkataan sangat sinonim dengan wanita. Boleh dikatakan 9/10 daripada wanita mempunyai impian untuk kekal dengan wajah yang muda walaupun telah mencecah ke status nenek dalam keluarga.  Persoalan keistimewaan menjadi muda tidak akan berakhir dengan jawapan yang saintifik, namun MUDA adalah penting kerana ia bagaikan jambatan untuk kita sebagai wanita sentiasa yakin dan bahagia.  AWET MUDA Secara rohaniahnya, menjadi muda bukan diukur pada angka dan wajah. Ia juga hadir dalam diri sebagai emosi. inilah yang kita selalu guna istilah 'Berjiwa Muda'. Mendidik minda ke arah berfikiran lebih terbuka mampu menampilkan wajah yang lebih Muda kerana kekurangan kerutan halus sememangnya menyerikan wajah, inilah dikatakan awet muda!  Antara Tips yang banyak dikongsi untuk mendidik jiwa jadi muda adalah: (Panjang senarai cikMie bagi ni haaa..baca jangan tak baca pulak..kata nak Awet Muda)