Buasir merupakan pengalaman ngeri untuk para ibu selepas bersalin. Saya berkongsi pengalaman ini kerana saya mengalaminya. Buasir bukanlah satu penyakit yang alaminya ada pada saya, namun saya mendapatnya selepas kehamilan pertama. Apa yang boleh saya gambarkan adalah perit dan pedih diiringi dengan ketidakselesaan.
APAKAH BUASIR?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.
Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

BUASIR DALAMAN
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
BUASIR LUARAN
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
BAGAIMANA BUASIR TERJADI?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran
PETUA MENCEGAH BUASIR
👉Elakkan sembelit
👉Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
👉Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
👉Lakukan senaman setiap hari.
👉Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menambahkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
TIPS KURANGKAN KETIDAKSELESAAN BUASIR
📍Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
📍Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
📍Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
📍Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
BAGAIMANA SAYA ATASI BUASIR
Pada saya, bagi ibu yang mendapat buasir selepas bersalin, adalah menjadi kebimbangan untuk kehamilan yang akan datang. Jadi, untuk merancang kehamilan yang seterusnya, adalah penting untuk hilangkan masalah buasir ini dalam kamus hidup. Hal ini kerana, kewujudan buasir ketika hamil adalah satu risiko untuk ibu. Saya pernah melihat bagaimana ketidakselesaan kakak saya apabila mengalami buasir ketika hamil dan terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk membuang buasir ketika kandungan mencecah usia 6bulan. Pasti ia bukanlah sesuatu yang menenangkan.
Untuk saya, dalam tempoh untuk memulihkan buasir, saya telah menggunakan pelbagai cara, dari segi moden dan juga tradisional. Usaha saya hanyalah untuk memastikan ia kecut tanpa perlu ke bilik pembedahan.
1. Cubaan pertama adalah menggunakan ubat sapu supositori brand Himalaya. Alhamdulillah ianya berjaya mengecutkan bengkak namun kembali apabila tidak meneruskan pengambilan ubat sapu tersebut. Untuk melegakan rasa gatal dan pedih dalam tempoh masa yang singkat amatlah membantu.
2. Usaha kedua adalah dengan merujuk pakar diklinik homeopati. Ubat yang diberikan adalah tahan sakit dan surut bengkak. Namun tidak menampakkan hasil yang positif.
3. Ibu saya memberi saranan petua kampung dimana minum santan yang dimasak. Ianya sedikit sukar kerana memerlukan masa untuk membuat dan rasanya tidaklah seenak makanan berlemak. Tambahan pula, ianya hanya bertahan untuk beberapa dan buasir itu akan kembali sekiranya mengambil diet tanpa serat yang sepatutnya.
4. Cubaan dan ikhtiar juga tidak lari dengan petua air herba (daun senamaki) yang mana fungsinya untuk melawaskan proses pencernaan perut. Petua ini bagus untuk membuang segala toksin jahat dalam perut, namun bengkak pada bahagian dubur lambat berkesan. Bahkan semakin sakit dan pedih kerana kekerapan ke tandas yang bertambah.
5. Cubaan terakhir saya adalah dengan mengambil supplemen iaitu Shaklee. Ianya berlaku tanpa sedar dimana saya sememangnya mengamalkan produk ini untuk tujuan lain. Dalam masa yang sama, antara sedar tidak sedar masalah buasir saya semakin pulih.
Berikut adalah urutan supplemen yang saya ambil dan tujuan asal pengambilan supplemen tersebut:
😉Ostematrix sebagai bekalan kalsium kerana saya bukan penggemar bahan tenusu dan juga mengelakkan kekejangan otot kaki
😉SR VitaminC sebagai antioksidan bagi meningkatkan imunisasi tubuh agar tidak mudah jatuh sakit
😉OmegaGuard merupakan sumber minyak ikan yang kaya dengan omega3 untuk membekalkan nutrisi untuk tubuh saya dan anak yang disusukan serta membantu perkembangan otak yang sihat
Dalam masa yang sama, ketiga-tiga produk ini turut memberi kesan sampingan lain yang sangat baik untuk masalah Buasir
😍Ostematrix membantu untuk mengurangkan sembelit dan melawaskan pembuangan air yang mana secara tidak langsung mengurangkan tekanan kepada otot rectum
😍SR VitaminC merupakan antioksida yang baik untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pada bahagian dalam terutama untuk mereka yang derita buasir berdarah
😍OmegaGuard berfungsi mengecutkan otot yang bengkak pada rectum kerana sifatnya sebagai antiradang

Jadi, itulah dia serba sedikit perkongsian pengalaman dan perjalanan sepanjang menjadi seorang ibu. Bukan mudah, dan tidak juga menyukarkan tapi lebih kepada mencabar dan mendidik menjadi lebih sensitif dengan keperluan diri. Untuk para ibu diluar sana yang hadapi masalah yang sama, jangan mudah putus asa dan berusahalah untuk tampil lebih sihat dan ceria. Percayalah pada setiap ujian itu ada penyelesaiannya.
**************************************************************************************************************
UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA:
PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR
HP: 0139811431 / 0139811431
FB: Ummi Kalthum Mohamad
*Khidmat penghantaran ke rumah disediakan untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur.