Skip to main content

Kekunci Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mula menulis untuk ke-berapa kalinya.
Kali ini memulakan taipan dengan niat untuk mencoret segala memori harian bersama keluarga.
Bukan tidak pernah, malah sangat banyak yang telah tercoret. Namun, semua yang sebelum ini adalah memori bujang sendiri. Kini semuanya sekadar tersusun rapi dalam minda, bahkan ada yang tak terimbas kerana memori lalu hanyalah kenangan diri sendiri.

Kali ini, semuanya akan menjadi kenangan dan memori penting kerana jari ini mencoret memori bersama keluarga, anak-anak dan suami. Indah, dan sememangnya akan kekal indah selamanya. 
Cerita kami hanyalah Cerita Manusia Biasa. Tidak lebih dari cerita harian sebuah keluarga yang kian membesar. Yang hadir untuk berkongsi rasa sgt dialukan, yang hadir sekadar berjalan lalu, juga ucapan terima kasih dihulurkan, yang membaca untuk menilai baik buruk langkah kami, semoga usaha kalian berbaloi. Setiap detik hidup ini adalah ujian untuk menjadi lebih baik, jadi positiflah dengan onar duri kehidupan.




Sekian.


Popular posts from this blog

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

12 KUNCI AWET MUDA UNTUK KEKAL KELIHATAN CANTIK

Keyword cikMie hari ni adalah MUDA. 'MUDA' adalah perkataan sangat sinonim dengan wanita. Boleh dikatakan 9/10 daripada wanita mempunyai impian untuk kekal dengan wajah yang muda walaupun telah mencecah ke status nenek dalam keluarga.  Persoalan keistimewaan menjadi muda tidak akan berakhir dengan jawapan yang saintifik, namun MUDA adalah penting kerana ia bagaikan jambatan untuk kita sebagai wanita sentiasa yakin dan bahagia.  AWET MUDA Secara rohaniahnya, menjadi muda bukan diukur pada angka dan wajah. Ia juga hadir dalam diri sebagai emosi. inilah yang kita selalu guna istilah 'Berjiwa Muda'. Mendidik minda ke arah berfikiran lebih terbuka mampu menampilkan wajah yang lebih Muda kerana kekurangan kerutan halus sememangnya menyerikan wajah, inilah dikatakan awet muda!  Antara Tips yang banyak dikongsi untuk mendidik jiwa jadi muda adalah: (Panjang senarai cikMie bagi ni haaa..baca jangan tak baca pulak..kata nak Awet Muda)

10 kebaikan Ostematrix Shaklee

OSTEMATRIX merupakan antara produk yang paling laris dalam jualan Shaklee. Ini kerana, banyak kebaikan yang diperolehi oleh pelanggan setelah mengambilnya dalam tempoh masa yang konsisten.  Apakah Ostematrix? Jom kita kenali dengan lebih terperinci apakah produk ini. Ostematrix adalah sejenis pil kalsium, yang bukan sekadar membekalkan kandungan Kalsium sahaja bahkan dilengkapi dengan Magnesium, VitaminD, Boron dan beberapa mineral lain yang membantu dalam penyerapan kalsium dalam badan. Set nutrisi yang lengkap ini menjadikan ostematrix sebagai pil kalsium yang paling laris dan berkesan dalam membekal serta membaikpulih sebarang kekurangan nutrisi yang berkaitan dengan kalsium seperti masalah gusi dan tulang.  Kelebihan Ostematrix Berbanding Pil Kalsium Lain