Skip to main content

IpOh

Menongkah sunyi pagi dikatil bilik hotel dengan cerita semalam.
Ditemani A&H lena disisi.
Ayah keluar menunaikan tanggungjawab.

Ini bukan pertama kali kunjungan kami ke Ipoh. Mungkin mencecah puluhan kali. Kali ini kami memilih untuk menginap di hotel sekitar taman ampang #GoldenRoofHotel memandangkan hadir sekadar menemani ayah. Bukan nk bercuti bagai.

Alhamdulillah suasana disini aman, A&H lena tidur tanpa gangguan.

Cerita semalam. Sampai di Ipoh, kami lunch di Restoran Simpang Tiga. Kali ke2 kami kesana kerana persekitarannya amat selesa, dan makanannya juga kena dgn selera kami. Menu yang memang memauthati kami adalah #NasiDaunPisang ,terhidang dengan 2pilihan lauk utama iaitu ayam goreng atau daging masak rendang.
Alhamdulillah sangat berbaloi.

Untuk sesi riadah petang, Ipoh kaya dengan pelbagai aktiviti. Kali ini, ayah bawa kami ke Taman Sultan Azlan Shah, berjalan melihat suasana taman sambil makan-makan dan bagi peluang A untuk bermain. Antara makanan yang popular disini, laksa dan cendol. Selain gerai makanan, ibu sangat kagum dengan suasana tamannya yang bersih terjaga, credit to Majlis Bandaraya Ipoh.

Malamnya berniat mencari pasar mlam kerana mencari menu ringkas sahaja. Namun hujan yang renyai-renyai menjadikan suasana pasar malam Taman Rapat Setia Baru kurang meriah. Pilihan makanan juga tidak pelbagai.
Maka, kami memilih untuk membeli ala kadar sahaja dan menuju ke pasar raya terdekat..

Bila waktu malam, suasana sekitar hotel agak padat kerana berhampiran dengan gym, dewan badminton dan juga beberapa kedai makan. Turut memeriahkan suasana malam, ibubapa yang menunggu anak-anak tamat tuisyen di sekolah berhadapan dengan hotel.

A adalah orang paling bahagia berada dibilik kerana dapat melihat suasana sekolah. Cukup sekadar ini berkongsian cerita hari semalam. Semoga hari ini lebih indah dari semalam, dan esok akan lebih indah dari hari ini.


Sekian.

Popular posts from this blog

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

Tips Elak Stress Sebab Jerawat Di Wajah

Miss J, antara nama paling glamour dikalangan wanita kalau nak membawang. Jangan salah faham yea, ni bukan gelaran untuk akak janda kita yang cantik meletop yea, ni untuk makcik yang sentiasa bawa masalah pada wajah iaitu JERAGAT dan JERAWAT! Ada ke yang suka rapat dengan miss J ni? Konfem la semua cakap tak nak kan? Jom hari ni cikMie nak ajak berkenalan dengan jenis adik beradik sedara mara missJERAWAT ni.  Atasi Muka Berjerawat dengan Betul ******