Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Spageti Carbonara Versi Campak-campak

Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua. Hari ini nak kongsi resepi campak campak dari seorang ibu untuk anak dan anak-anak buahnya. Ceritanya bermula bila terdetik nak makan spageti untuk dinner. Geledah segala yang ada didapur, maka tercetus idea spageti carbonara, TAPI sos PREGo is yillek. Maka, up jadi lah resepi campak-campak. Untuk sediakan spageti mudah jea sebab kita dah ada spageti prego. Jadi, panaskan air sampai mendidih, kemudian  masukkan spageti kering tu. Bila dah masak, masukkan sedikit minyak dan toskan.Siap bab spageti. Sekarang prepare barang untuk buat sos versi suka hati. -bawang putih, cincang dadu -minyak, untuk tumiskan bawang, sebaiknya olive oil -sosej, sebagai lauk pauk😀 -susu cair, saya guna susu fresh krim jea sebab tu yang ada dalam stok -tepung gandum, nak bagi pekatkan sos -cheese, saya guna slice cheese jea -garam dan mixed herb sepagai perasa Cara nak campak, anggap macam.nk buat gulai. Tumis bawang, masuk lauk. Kalau ada ...

Sudara Beach Resort and Spa

Salam kasih sayang untuk semua pembaca. Lama menyepi bukan tanda tiada idea. Tapi terlalu banyak yang ingin dicerita, sampai tidak pasti yang mana paling utama. Hari ini kita kongsi pengalaman bawa kanak-kanak mandi kolam di Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Grab peluang ni sebab akak ipar ada kursus kerja dia di sini, dan ambik bilik. Memandangkan tempat ni tak la jauh dari rumah, 30minit jea, jadi kami ambik peluang pagi sebelum akak ipar check out bilik untuk bawa anak-anak mandi kolam. Seandainya balik ke kampung halaman, sangat jarang untuk kami  mandi manda di kolam, sebab dari kecil serasi dengan pantai dan air terjun. Namun disebabkan faktor musim tengkujuh, maka kolam adalah pilihan tepat. Okay, berbalik kepada pengalaman mandi manda di Sudara Beach Resort, sangat best sebab kolamnya luas dan bersih. Bilik penginapan yang akak ipar dapat plak menghadap laut,memang view sangat awesome! Kalau yang nak buat escape plan lari dari kotaraya dan menikmati damai angin la...

Sejarah, sekarang dan masa depan

Assalamualaikum dan salam 1 Rabiulawal...Bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w... Jom banyakkan selawat dan zikir... Bangkit pagi ini dengan satu mutiara dari sifu Shaklee "Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah masa sekarang." Betul katanya, kadang-kadang andai kita terlalu terkenangkan masa silam, kita lemas, terfikirkan masa depan, kita akan cemas. Tanpa kita sedar hari ini dan masa ini dalah emas. Bukan seorang dua, tapi ramai antara kita yg selalu fikir perkara yg dah lepas. Lepas tu rasa cemas, apakah kita dah bersedia utk masa depan? Patutnya kita kena sedar akan masa sekarang👇👇👇 Anak2 yg sedang membesar depan mata. Anak2 yg sentiasa bergaduh depan mata. Suami/isteri yg masih sihat selalu ada disamping kita. Ibu ayah yg masih ada selalu tunggu kita jenguk bawa anak/cucu. Sahabat2 positif yg tak pernah jemu2 berkongsi ilmu dgn kita setiap hari. BANY...

🤓🤓🤓

Salam. Lama tak bersiaran. Banyak yang ingin dikongsi, tapi hp ada masalah nak upload gambar dan masih tak berupaya nak baiki(actually xsempat nk godek2 setting sbb masih tak mahir dgn hp ni😬😬). Makanya tergendala segala post. Hokeyh. Petang ni kita layan anak-anak tengok kartun. Part paling best  bila tengok kartun adalah bila kita yang dah berusia pun boleh leka tengok kartun lebih dari anak-anak 😅😅😅 H semakin lali, dan A masih kusyuk tengok Didi nya. Harapannya akan terpejamlah mata si A lepas ni. Boleh ibu layan cerita lain. Haha Moh kita sambung tengok Didi N Pren Ok bye.

10 TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP KITA

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. In sha ALLAH. 1. Makan karbohidrat Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi. 2. Rancang apa yang hendak dimakan Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang da...

Bahaya Gastrik

Salam sejahtera. Hari ni, nk kongsi pasal sejenis penyakit yang femes, iaitu gastrik. Sebab ramai yang kena hadap gastrik ni, dr kanak-kanak sampai ke warga emas. Apakah gastrik Menurut keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar ( Pakar perunding pembedahan laparoskopi), gastrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Gastriti, Ulser perut ataupun peptik Gastritis merupakan keradangan mukosa yang melapik dinding perut. Secara semula jadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Sebab itu lah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkannya terhakis. Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut  yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hi...

Ainul First watercolor Draw

Assalamualaikum... Alhamdulillah minggu lepas dapat peluang pulang ke kampung halaman. Bahagia berada di bumi Kelantan kerana disitu kami membesar dan dididik menjadi dewasa. Rezeki pulang ke kampung kali ini adalah diberi ruang waktu untuk bersihkan kawasan rumah yang terbengkalai. Tinggi angan-angan nak jadikan rumah ini sebagai tapak besar keluarga kecil kami untuk terus maju ke depan. Saiz rumah kecik xpe, yang penting pengisian kena besar . Pulang dari kampung terus sambung perjalanan ke Shah Alam sebab teman ayah ada urusan di KL. Genap seminggu, Jumaat baru jejak kaki ke Taiping kembali. Cuti skolah pun dah bermula, maka jalan-jalan di Taiping akan dipenuh pelancong dari merata negeri. Kena well plan la untuk keluar rumah bermula minggu ni. Hujung minggu sememangnya ibu dan ayah akan usahakan untuk buat kakak penuh aktiviti gembira. Keluar jalan-jalan sekitar Taiping bukan opsyen yang sesuai dengan keadaan cuti sekolah, so ibu decide untuk ajar permainan baru untuk kakak,...

IpOh

Menongkah sunyi pagi dikatil bilik hotel dengan cerita semalam. Ditemani A&H lena disisi. Ayah keluar menunaikan tanggungjawab. Ini bukan pertama kali kunjungan kami ke Ipoh. Mungkin mencecah puluhan kali. Kali ini kami memilih untuk menginap di hotel sekitar taman ampang #GoldenRoofHotel memandangkan hadir sekadar menemani ayah. Bukan nk bercuti bagai. Alhamdulillah suasana disini aman, A&H lena tidur tanpa gangguan. Cerita semalam. Sampai di Ipoh, kami lunch di Restoran Simpang Tiga. Kali ke2 kami kesana kerana persekitarannya amat selesa, dan makanannya juga kena dgn selera kami. Menu yang memang memauthati kami adalah #NasiDaunPisang ,terhidang dengan 2pilihan lauk utama iaitu ayam goreng atau daging masak rendang. Alhamdulillah sangat berbaloi. Untuk sesi riadah petang, Ipoh kaya dengan pelbagai aktiviti. Kali ini, ayah bawa kami ke Taman Sultan Azlan Shah, berjalan melihat suasana taman sambil makan-makan dan bagi peluang A untuk bermain. Antara makanan yang p...

Kekunci Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mula menulis untuk ke-berapa kalinya. Kali ini memulakan taipan dengan niat untuk mencoret segala memori harian bersama keluarga. Bukan tidak pernah, malah sangat banyak yang telah tercoret. Namun, semua yang sebelum ini adalah memori bujang sendiri. Kini semuanya sekadar tersusun rapi dalam minda, bahkan ada yang tak terimbas kerana memori lalu hanyalah kenangan diri sendiri. Kali ini, semuanya akan menjadi kenangan dan memori penting kerana jari ini mencoret memori bersama keluarga, anak-anak dan suami. Indah, dan sememangnya akan kekal indah selamanya.  Cerita kami hanyalah Cerita Manusia Biasa. Tidak lebih dari cerita harian sebuah keluarga yang kian membesar. Yang hadir untuk berkongsi rasa sgt dialukan, yang hadir sekadar berjalan lalu, juga ucapan terima kasih dihulurkan, yang membaca untuk menilai baik buruk langkah kami, semoga usaha kalian berbaloi. Setiap detik hidup ini adalah ujian untuk menjadi lebih baik, jadi pos...

Keperluan Makanan Tambahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam kehidupan yang semakin mencabar, antara perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah pemakanan. . Kenapa? . Kerana pemakanan kita menghasilkan siapa diri kita. . Seorang manusia yang sihat berdaya maju? . Atau seorang yang sentiasa lemah bermaya? . Atau seorang yang sentiasa bergantung hidup dengan ubat? . Atau seorang yang sangat sensitif dengan persekitaran? . . So, NAK jadi manusia yang sentiasa ceria kerjapun cergas, ambillah makanan tambahan. . Ini bukan paksaan, tapi saranan sebab terdapat beberapa faktor utama kenapa supplement  dah jad satu keperluan sekarang.  1.  Gaya dan pola makanan yg tidak seimbang hidup sekarang semakin sibuk, ada yang keluar subuh balik lewat malam. Ibubapa sarapan ala kadar. Anak-anak pula makan disekolah. Diet seimbang memang tidak terhidang. Jika masakan disediakan di dapur kita sendiri, kita ada hak untuk mengawal kandungan gula, garam dan perasa yang digunakan. Na...