Skip to main content

Ainul First watercolor Draw

Assalamualaikum...

Alhamdulillah minggu lepas dapat peluang pulang ke kampung halaman. Bahagia berada di bumi Kelantan kerana disitu kami membesar dan dididik menjadi dewasa. Rezeki pulang ke kampung kali ini adalah diberi ruang waktu untuk bersihkan kawasan rumah yang terbengkalai. Tinggi angan-angan nak jadikan rumah ini sebagai tapak besar keluarga kecil kami untuk terus maju ke depan. Saiz rumah kecik xpe, yang penting pengisian kena besar.

Pulang dari kampung terus sambung perjalanan ke Shah Alam sebab teman ayah ada urusan di KL. Genap seminggu, Jumaat baru jejak kaki ke Taiping kembali. Cuti skolah pun dah bermula, maka jalan-jalan di Taiping akan dipenuh pelancong dari merata negeri. Kena well plan la untuk keluar rumah bermula minggu ni.

Hujung minggu sememangnya ibu dan ayah akan usahakan untuk buat kakak penuh aktiviti gembira. Keluar jalan-jalan sekitar Taiping bukan opsyen yang sesuai dengan keadaan cuti sekolah, so ibu decide untuk ajar permainan baru untuk kakak, watercolor.

Dan ini adalah hasilnya. Suka sungguh kakak berwatercolor. Hud pun bukan main excited nak buat jugak. Next time kita buat lagi yea sayang ibu.


Antara skill yang boleh tengok bila main benda ni, A sangat teliti pegang berus lukisan, dua jari jea. Minit pertama, memang celup banyak-banyak, bila dah lama sket baru dia pandai kawal cara nak ambik warna dari bekasnya. Walaupu hasilnya tak setanding orang dewasa, tapi ibu tahu kakak Ainul gembira dah buat ibu bahagia.


Popular posts from this blog

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

Tips Elak Stress Sebab Jerawat Di Wajah

Miss J, antara nama paling glamour dikalangan wanita kalau nak membawang. Jangan salah faham yea, ni bukan gelaran untuk akak janda kita yang cantik meletop yea, ni untuk makcik yang sentiasa bawa masalah pada wajah iaitu JERAGAT dan JERAWAT! Ada ke yang suka rapat dengan miss J ni? Konfem la semua cakap tak nak kan? Jom hari ni cikMie nak ajak berkenalan dengan jenis adik beradik sedara mara missJERAWAT ni.  Atasi Muka Berjerawat dengan Betul ******