Skip to main content

Sudara Beach Resort and Spa

Salam kasih sayang untuk semua pembaca.

Lama menyepi bukan tanda tiada idea. Tapi terlalu banyak yang ingin dicerita, sampai tidak pasti yang mana paling utama.

Hari ini kita kongsi pengalaman bawa kanak-kanak mandi kolam di Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Grab peluang ni sebab akak ipar ada kursus kerja dia di sini, dan ambik bilik. Memandangkan tempat ni tak la jauh dari rumah, 30minit jea, jadi kami ambik peluang pagi sebelum akak ipar check out bilik untuk bawa anak-anak mandi kolam.

Seandainya balik ke kampung halaman, sangat jarang untuk kami  mandi manda di kolam, sebab dari kecil serasi dengan pantai dan air terjun. Namun disebabkan faktor musim tengkujuh, maka kolam adalah pilihan tepat.

Okay, berbalik kepada pengalaman mandi manda di Sudara Beach Resort, sangat best sebab kolamnya luas dan bersih. Bilik penginapan yang akak ipar dapat plak menghadap laut,memang view sangat awesome! Kalau yang nak buat escape plan lari dari kotaraya dan menikmati damai angin laut, boleh la datang menginap di sini.

Cuma untuk musim ini, gerun nak turun ke tepi pantai sebab ombak besar. Duduk di tepi anjung bilik dah boleh dengar kekasaran ombak hempas gigi pantai. Air dulu tenang kebiruan, musim ni jadi coklat macam teh ais.

Disebabkan datang sekadar menumpang mandi kolam, review untuk makanan untuk breakfast tak leh nk komen. Apapun, konfem selera kelantan la yang dihidangkan.

Untuk mak ayah yang nak bawa anak-anak bercuti, boleh call dan tempah awal-awal cakap nak bilik depan kolam. So, duduk tepi anjung pun dah leh nampak anak berendam dalam kolam. Kalau nak buat family gathering sambil bbQ malam-malam pun best, sebab boleh nikmati sepoi angin pantai di malam hari.

Hokeyh la..itu sahaja review untuk sesi menumpang kasih mandi kolam di sudara beach resort. Hati anak-anak gembira, ibu pun bahagia.

Sehingga bertemu dilain coretan.

Popular posts from this blog

VIVIX Dan Kencing Manis: Adakah Berbaloi Percayakan Makanan Tambahan?

Vivix merupakan antara produk yang popular dalam senarai produk Shaklee. Ini kerana kandungan Vivix yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diakui mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix yang utama adalah Anggur Muscadine.

rasa itu.

bila waktu itu datang semua menjadi seperti saat dulu beku dan kakukan semua rasa yang ada  biar hati bercakap dan bagi mulut lafazkan niat  terus dan terus agar hilang sakit yang ada

Tips Elak Stress Sebab Jerawat Di Wajah

Miss J, antara nama paling glamour dikalangan wanita kalau nak membawang. Jangan salah faham yea, ni bukan gelaran untuk akak janda kita yang cantik meletop yea, ni untuk makcik yang sentiasa bawa masalah pada wajah iaitu JERAGAT dan JERAWAT! Ada ke yang suka rapat dengan miss J ni? Konfem la semua cakap tak nak kan? Jom hari ni cikMie nak ajak berkenalan dengan jenis adik beradik sedara mara missJERAWAT ni.  Atasi Muka Berjerawat dengan Betul ******