Menongkah sunyi pagi dikatil bilik hotel dengan cerita semalam. Ditemani A&H lena disisi. Ayah keluar menunaikan tanggungjawab. Ini bukan pertama kali kunjungan kami ke Ipoh. Mungkin mencecah puluhan kali. Kali ini kami memilih untuk menginap di hotel sekitar taman ampang #GoldenRoofHotel memandangkan hadir sekadar menemani ayah. Bukan nk bercuti bagai. Alhamdulillah suasana disini aman, A&H lena tidur tanpa gangguan. Cerita semalam. Sampai di Ipoh, kami lunch di Restoran Simpang Tiga. Kali ke2 kami kesana kerana persekitarannya amat selesa, dan makanannya juga kena dgn selera kami. Menu yang memang memauthati kami adalah #NasiDaunPisang ,terhidang dengan 2pilihan lauk utama iaitu ayam goreng atau daging masak rendang. Alhamdulillah sangat berbaloi. Untuk sesi riadah petang, Ipoh kaya dengan pelbagai aktiviti. Kali ini, ayah bawa kami ke Taman Sultan Azlan Shah, berjalan melihat suasana taman sambil makan-makan dan bagi peluang A untuk bermain. Antara makanan yang p...