Salam sejahtera. Hari ni, nk kongsi pasal sejenis penyakit yang femes, iaitu gastrik. Sebab ramai yang kena hadap gastrik ni, dr kanak-kanak sampai ke warga emas. Apakah gastrik Menurut keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar ( Pakar perunding pembedahan laparoskopi), gastrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Gastriti, Ulser perut ataupun peptik Gastritis merupakan keradangan mukosa yang melapik dinding perut. Secara semula jadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Sebab itu lah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkannya terhakis. Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hi...