Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Walau terpaksa, lakukan...

Assalamualaikum... Reminder : ) Kita mungkin lupa kita sering melakukan kesilapan. Walau terpaksa marah pada hati, tetap ingatkan hati kerana apa tujuan hidup kita. Al-Zariyaat, ayat 56: “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku” Walau terpaksa marah pada diri, tetap teguhkan solat kerana itu keutamaan kita. Walau terpaksa senyum pada yang dibenci, ingatkan diri senyum itu sedekah. Walau terpaksa lapar untuk berpuasa ditengahhari, ikhlaslah kerana itu memupuk nafsu. Walau apa yang kita lakukan kerana terpaksa, teruskan memaksa diri kita. Naif sangatkah sehingga perlu memaksa untuk melalukan kebaikan? Ya. Memang manusia ini begitu.Terutama yang datang pada akhir zaman seperti kita Jadi, sama-sama kita disiplinkan diri. Sedikit-sedikit, lama kelamaan disiplin itu akan membukitkan keikhlasan dalam diri kita. Gambar sekadar Hiasan [Stesen Keretapi Rayoh, Sabah] * Mungkin perjalanan hidup kita lancar, yang buat kita