Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Sejarah, sekarang dan masa depan

Assalamualaikum dan salam 1 Rabiulawal...Bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w... Jom banyakkan selawat dan zikir... Bangkit pagi ini dengan satu mutiara dari sifu Shaklee "Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah masa sekarang." Betul katanya, kadang-kadang andai kita terlalu terkenangkan masa silam, kita lemas, terfikirkan masa depan, kita akan cemas. Tanpa kita sedar hari ini dan masa ini dalah emas. Bukan seorang dua, tapi ramai antara kita yg selalu fikir perkara yg dah lepas. Lepas tu rasa cemas, apakah kita dah bersedia utk masa depan? Patutnya kita kena sedar akan masa sekarangπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ Anak2 yg sedang membesar depan mata. Anak2 yg sentiasa bergaduh depan mata. Suami/isteri yg masih sihat selalu ada disamping kita. Ibu ayah yg masih ada selalu tunggu kita jenguk bawa anak/cucu. Sahabat2 positif yg tak pernah jemu2 berkongsi ilmu dgn kita setiap hari. BANYAK LAGI perkara yg indah2 sedang

πŸ€“πŸ€“πŸ€“

Salam. Lama tak bersiaran. Banyak yang ingin dikongsi, tapi hp ada masalah nak upload gambar dan masih tak berupaya nak baiki(actually xsempat nk godek2 setting sbb masih tak mahir dgn hp ni😬😬). Makanya tergendala segala post. Hokeyh. Petang ni kita layan anak-anak tengok kartun. Part paling best  bila tengok kartun adalah bila kita yang dah berusia pun boleh leka tengok kartun lebih dari anak-anak πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… H semakin lali, dan A masih kusyuk tengok Didi nya. Harapannya akan terpejamlah mata si A lepas ni. Boleh ibu layan cerita lain. Haha Moh kita sambung tengok Didi N Pren Ok bye.

10 TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP KITA

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit. In sha ALLAH. 1. Makan karbohidrat Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi. 2. Rancang apa yang hendak dimakan Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang da