Skip to main content

Spageti Carbonara Versi Campak-campak

Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua.

Hari ini nak kongsi resepi campak campak dari seorang ibu untuk anak dan anak-anak buahnya. Ceritanya bermula bila terdetik nak makan spageti untuk dinner. Geledah segala yang ada didapur, maka tercetus idea spageti carbonara, TAPI sos PREGo is yillek. Maka, up jadi lah resepi campak-campak.

Untuk sediakan spageti mudah jea sebab kita dah ada spageti prego. Jadi, panaskan air sampai mendidih, kemudian  masukkan spageti kering tu. Bila dah masak, masukkan sedikit minyak dan toskan.Siap bab spageti.

Sekarang prepare barang untuk buat sos versi suka hati.
-bawang putih, cincang dadu
-minyak, untuk tumiskan bawang, sebaiknya olive oil
-sosej, sebagai lauk pauk😀
-susu cair, saya guna susu fresh krim jea sebab tu yang ada dalam stok
-tepung gandum, nak bagi pekatkan sos
-cheese, saya guna slice cheese jea
-garam dan mixed herb sepagai perasa

Cara nak campak, anggap macam.nk buat gulai. Tumis bawang, masuk lauk. Kalau ada nak add on syur mcm kubis bunga tu leh masukkan skali. Lepas dah masak, masukkan bahan cecair. Kacau dan masukkan perasa. Last skali masukkan ejen pemekat.Simple.

Bila dah siap, maka hidang untuk anak-anak. Bahagia diorang dapat makan spageti carbonara dari dapur sendiri. Mana tak nya, mewah dengan lauk dan boleh makan extra.

Hokeyh. Itu sahaja perkongsian hari ini. Next time kita share resepi mudah yang dimasak untuk anak-anak lagi.

Wasalam.

Popular posts from this blog

PETUA KECUTKAN BUASIR UNTUK PARA IBU

Buasir merupakan pengalaman ngeri untuk para ibu selepas bersalin. Saya berkongsi pengalaman ini kerana saya mengalaminya. Buasir bukanlah satu penyakit yang alaminya ada pada saya, namun saya mendapatnya selepas kehamilan pertama. Apa yang boleh saya gambarkan adalah perit dan pedih diiringi dengan ketidakselesaan.  APAKAH BUASIR? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.

Wanita: PCOS Bukan Halangan Untuk Hamil dan Melahirkan Zuriat

CikMie nak kongsi pengalaman seorang pengguna Shaklee yang ada penyakit PCOS tetapi berjaya hamil. Ini adalah untuk memberi dorongan dan sokongan kepada ramai lagi wanita yang mengalami masalah ini agar tidak berputus asa dan sentiasa positif, rezeki Allah swt itu adalah sentiasa ada untuk hambaNya. Alhamdulillah... #pcossurvivor Berjaya Hamil Selepas Usaha Dengan Set Kesuburan Shaklee Jadi, untuk sahabat cikMie yang ada masalah PCOS, boleh cuba usahakan dengan set kesuburan Shaklee macam kakYong ni. 

Impian Seorang Wanita Bergelar Ibu Yang Perlu Diketahui Oleh Si Suami

Entri ini cikMie tujukan Khas untuk golongan bapa atau bakal jadi bapa. Sebagai seorang wanita dan juga isteri, tempoh paling penting salam hidup adalah saat melahirkan zuriat. Sememangnya akan ada pelbagai perasaan, yang mana menjerat emosi menjadi bercampur -baur.