Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Bahaya Gastrik

Salam sejahtera. Hari ni, nk kongsi pasal sejenis penyakit yang femes, iaitu gastrik. Sebab ramai yang kena hadap gastrik ni, dr kanak-kanak sampai ke warga emas. Apakah gastrik Menurut keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar ( Pakar perunding pembedahan laparoskopi), gastrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Gastriti, Ulser perut ataupun peptik Gastritis merupakan keradangan mukosa yang melapik dinding perut. Secara semula jadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Sebab itu lah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkannya terhakis. Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut  yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hitam

Ainul First watercolor Draw

Assalamualaikum... Alhamdulillah minggu lepas dapat peluang pulang ke kampung halaman. Bahagia berada di bumi Kelantan kerana disitu kami membesar dan dididik menjadi dewasa. Rezeki pulang ke kampung kali ini adalah diberi ruang waktu untuk bersihkan kawasan rumah yang terbengkalai. Tinggi angan-angan nak jadikan rumah ini sebagai tapak besar keluarga kecil kami untuk terus maju ke depan. Saiz rumah kecik xpe, yang penting pengisian kena besar . Pulang dari kampung terus sambung perjalanan ke Shah Alam sebab teman ayah ada urusan di KL. Genap seminggu, Jumaat baru jejak kaki ke Taiping kembali. Cuti skolah pun dah bermula, maka jalan-jalan di Taiping akan dipenuh pelancong dari merata negeri. Kena well plan la untuk keluar rumah bermula minggu ni. Hujung minggu sememangnya ibu dan ayah akan usahakan untuk buat kakak penuh aktiviti gembira. Keluar jalan-jalan sekitar Taiping bukan opsyen yang sesuai dengan keadaan cuti sekolah, so ibu decide untuk ajar permainan baru untuk kakak,