Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

IpOh

Menongkah sunyi pagi dikatil bilik hotel dengan cerita semalam. Ditemani A&H lena disisi. Ayah keluar menunaikan tanggungjawab. Ini bukan pertama kali kunjungan kami ke Ipoh. Mungkin mencecah puluhan kali. Kali ini kami memilih untuk menginap di hotel sekitar taman ampang #GoldenRoofHotel memandangkan hadir sekadar menemani ayah. Bukan nk bercuti bagai. Alhamdulillah suasana disini aman, A&H lena tidur tanpa gangguan. Cerita semalam. Sampai di Ipoh, kami lunch di Restoran Simpang Tiga. Kali ke2 kami kesana kerana persekitarannya amat selesa, dan makanannya juga kena dgn selera kami. Menu yang memang memauthati kami adalah #NasiDaunPisang ,terhidang dengan 2pilihan lauk utama iaitu ayam goreng atau daging masak rendang. Alhamdulillah sangat berbaloi. Untuk sesi riadah petang, Ipoh kaya dengan pelbagai aktiviti. Kali ini, ayah bawa kami ke Taman Sultan Azlan Shah, berjalan melihat suasana taman sambil makan-makan dan bagi peluang A untuk bermain. Antara makanan yang p

Kekunci Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mula menulis untuk ke-berapa kalinya. Kali ini memulakan taipan dengan niat untuk mencoret segala memori harian bersama keluarga. Bukan tidak pernah, malah sangat banyak yang telah tercoret. Namun, semua yang sebelum ini adalah memori bujang sendiri. Kini semuanya sekadar tersusun rapi dalam minda, bahkan ada yang tak terimbas kerana memori lalu hanyalah kenangan diri sendiri. Kali ini, semuanya akan menjadi kenangan dan memori penting kerana jari ini mencoret memori bersama keluarga, anak-anak dan suami. Indah, dan sememangnya akan kekal indah selamanya.  Cerita kami hanyalah Cerita Manusia Biasa. Tidak lebih dari cerita harian sebuah keluarga yang kian membesar. Yang hadir untuk berkongsi rasa sgt dialukan, yang hadir sekadar berjalan lalu, juga ucapan terima kasih dihulurkan, yang membaca untuk menilai baik buruk langkah kami, semoga usaha kalian berbaloi. Setiap detik hidup ini adalah ujian untuk menjadi lebih baik, jadi positif